Piala AFF Suzuki: Ultras Malaya Gegarkan Stadium Shah Alam - Sukan | mStar

Piala AFF Suzuki: Ultras Malaya Gegarkan Stadium Shah Alam

SHAH ALAM: Lautan kuning hitam yang terdiri daripada lebih 10,000 kumpulan penyokong Ultras Malaya bakal menggegarkan Stadium Shah Alam sempena perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki,  Malaysia bertemu Vietnam pada Ahad.

Kumpulan penyokong tegar yang lengkap dengan peralatan muzik itu juga antara penyokong pertama tiba di perkarangan stadium untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kesebelasan negara.

Salah seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad memberitahu, mereka hanya mahukan kemenangan berpihak kepada skuad Harimau Malaya.

"Kami tidak akan berhenti melaungkan semangat untuk Harimau Malaya malam ini.

"Harapnya semua pemain negara bermain dengan baik dan menjaringkan gol," jelasnya yang tiba di stadium pukul 2 petang.

Seorang lagi penyokong Azrie Mat Noor , 29, berkata, bahang suasana perlawanan itu telah dirasai sejak Malaysia berjaya menumpaskan Singapura.

Jelasnya, walaupun tidak dapat memberi sokongan tempoh hari, namun dia dan rakan akan sentiasa membakar semangat pemain pada perlawanan ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain