Beng Hee Tersingkir Di Pusingan Kedua - Sukan | mStar

Beng Hee Tersingkir Di Pusingan Kedua

Ong Beng Hee.
KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Skuasy Dunia Lelaki 2014 di Doha, Qatar, berakhir selepas satu-satunya wakil negara, Ong Beng Hee tewas dalam pusingan kedua pada Isnin.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 34 tahun itu tumpas kepada pemain Afrika Selatan, Stephen Coppinger 5-11, 6-11 dan 6-11 dalam perlawanan yang berlangsung di gelanggang kaca di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa.

Copppinger bagaimanapun menghadapi tugas sukar menentang pilihan ke-10 iaitu pemain Mesir Tarek Momen pada pusingan ketiga pada Selasa.

Pemain Mesir berusia 26 tahun itu sebelumnya diberi tentangan sengit oleh pemain England, Tom Richards sebelum menang dalam perlawanan yang berlanjutan hingga empat set 9-11, 11-6, 11-6 dan 11-7 dalam masa 53 minit.

Edisi ke-36 kejohanan itu menawarkan hadiah AS$325,000 (RM1.087 juta).

Artikel Sebelum

Real Hilang Sentuhan Modric

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain