suria

Gerard Pique Berhijrah Ke Liga Perdana Inggeris?

GERARD PIQUE didakwa semakin hampir untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris selepas dilapor akan bertemu pegawai atasan Barcelona bagi mempertikaikan beberapa perkara yang kurang disenanginya.

Pertahanan Sepanyol itu dikatakan berang dengan tindakan jurulatih Barcelona, Luis Enrique dan hubungan mereka berdua semakin tegang pada minggu ini.

Enrique

Difahamkan, pegawai atasan kelab di Nou Camp ingin mengekalkan Pique manakala Enrique sedia melepaskan pemain terbabit.

Berikutan itu, dua kelab utama Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea dan Manchester United kini sedang menunggu perkembangan Pique sebelum memberi tawaran.

Keretakan hubugan Pique dan Enrique sampai ke kemuncak pada minggu ini apabila jurulatih terbabit meminta pemain pertahanan tengah itu memanaskan badan walaupun kesemua tiga pemain telah ditukarkan.

Dalam perlawanan bertemu Almeria itu, Barcelona memperoleh kemenangan walaupun kelab tersebut tewas sebelum ini.

Barcelona, Chelsea, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain