suria

Fikir Dulu Sebelum Terima Tawaran - Kim Swee

PETALING JAYA: Jurulatih harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee menasihatkan pemain-pemainnya agar berhati-hati dalam membuat keputusan untuk aksi Liga Malaysia musim depan.

Empat daripada pemainnya iaitu Amer Saidin (pertahanan), Gary Robbat (pemain tengah), S.Saarvindran (sayap) dan Mohd Fandi Othman (pertahanan) dijangka akan menyertai pasukan besar musim depan.

Harimau Muda A akan beraksi dalam Liga Singapura (S-Liga) bermula Februari ini bagi persiapan menghadapi Sukan Sea di Singapura bermula 5-16 Jun depan.

Kim swee berkata, beliau tidak ada kuasa untuk menghalang pemain-pemain ini meninggalkan skuad muda ini.

"Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mampu memberi tawaran mewah seperti mana yang ditawarkan oleh kelab-kelab lain dan saya faham mengapa pemain-pemain mahu meninggalkan skuad ini.

"Mana-mana kelab perlu menulis surat kepada kami jika ingin mendapatkan pemain dalam skuad ini daripada berbuat demikian di belakang kami.

"Saya harap mereka boleh belajar apa yang terjadi kepada pemain-pemain yang meninggalkan skuad tahun lalu dan perlu ingat kontrak mereka akan tamat pada penghujung 2015," katanya.

Musim lalu, Wan Zaharulnizam Zakaria, Irfan Fazail, Mohd Izham Tarmizi, Mohd Fadhli Shas, A.Thamil Arasu, Ahmad Hazwan Bakri dan Rozaimi Abdul Rahman meninggalkan skuad selepas mendapat tawaran menarik.

Namun hanya Wan Zaharulnizam dan Fadhli sahaja yang dilihat berjaya bersama pasukan Kelantan dan Johor Darul Takzim secara keseluruhannya.

Ong Kim swee, Harimau Muda A

Artikel Lain