suria

Nadal Selamat Jalani Pembedahan

Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal selamat menjalani pembedahan bagi membuang apendiks di Pusat Perubatan TEKNON awal pagi Selasa. -Foto BBC.

BARCELONA: Pemain tenis Sepanyol, Rafael Nadal selamat menjalani pembedahan untuk membuang apendiks, awal pagi Selasa namun akan kekal di hospital selama dua hari bagi proses pemulihan.

Kenyataan daripada jurucakap Nadal berkata pembedahan itu dijalankan di Pusat Perubatan TEKNON, oleh Dr Segura Movellan dan pasukannya.

"Semuanya berjalan dengan amat baik. Terima kasih kepada sokongan anda,” kata Nadal dalam laman Twitter selepas pembedahan itu.

Nadal merasai simptom pertama apendiks pada empat minggu lalu ketika kejohanan Shanghai Masters di China.

Akibat pembedahan itu, bekas pemain nombor satu dunia itu akan terlepas aksi di kejohanan penutup tirai tenis, ATP Final di London yang bermula hujung minggu ini.

Artikel Lain