suria

Van Gaal Arah Pemain United Layan Penyokong

LOUIS VAN GAAL dilapor telah mengisytihar perang terhadap sikap ego pemainnya selepas mereka dimanjakan selama ini.

Jurulatih kelahiran Belanda itu kini mahu bintang Manchester United lebih bersikap rendah diri dan dekat dengan peminat yang membayar gaji mereka selama ini.

Pemain juga diarahkan untuk menurunkan tandatangan sekiranya diminta penyokong setia kelab berkenaan.

Sehubungan itu juga Van Gaal tidak mahu lagi bintangnya seperti Wayne Rooney dan Robin van Persie memandu kereta mewah hingga ke depan pintu masuk kompleks latihan untuk mengelak daripada bertemu penyokong.



Pemain diarahkan meletak kenderaan di parkir dan berjalan masuk ke stadium atau kompleks latihan bagi memberi peluang kepada peminat untuk mendekati mereka.

Van Gaal mengeluarkan arahan berkenaan selepas terkejut melihat pengawal keselamatan meminta kunci kereta pemain untuk mengambil kederaan mereka sehingga ke depan pintu.



Sumber United berkata,"Pengurus tidak suka dengan sikap pemain yang begitu manja dan ego.

"Dia mahu pemain berjalan ke parkir untuk mengambil kenderaan supaya penyokong mendapat peluang untuk bertemu mereka dan perkara itu wajib dilakukan pemain," jelasnya.



Selain itu, Van Gaal dilapor akan bertemu Ketua Eksekutif kelab, Ed Woodward sebelum perlawanan pada Ahad bermula bagi membincangkan soal pemindahan pemain pada Januari.

Sumber yang rapat dengan Van Gaal dari Belanda mendedahkan, jurulatih itu masih menunggu Kevin Strootman yang merupakan pemain tengah sembuh daripada kecederaan untuk dibawa ke United.



Berikutan itu juga, Juan mata dikatakan akan meninggal United pada Januari ini.




Artikel Sebelum

Artikel Lain