suria

Penjualan Jersi JDT, Pahang Kurang Dapat Sambutan - Peniaga

KUALA LUMPUR: Penganjur bazar pakaian dan makanan sempena perlawanan akhir Piala Malaysia mengakui penjualan jersi pasukan JDT dan Pahang kurang mendapat sambutan berbanding aksi final sebelum ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengerusi NYN Events, Yahaya Zakaria berkata, rata-rata peniaga jersi yang menyewa tapak perniagaan kali ini juga kecewa dengan sambutan yang kurang memberangsangkan itu.

"Faktor lokasi yang kecil menjadi punca kemerosotan perniagaan tahun ini. Ketika perlawanan JDT dengan Kelantan tahun lalu keadaan amat berbeza. Amat rancak.

"Tahun ini lebih kurang 60 tapak sahaja yang diberikan kepada kami kerana bahagian depan stadium diadakan majlis lain.

"Jadi kehadiran penonton juga agak kurang kerana masalah tempat letak kereta," katanya kepada mStar Online.

Jelas Yahaya, berikutan itu, dia tidak berani membuat dan menempah jersi dalam kuantiti yang banyak.

"Bagi jersi pasukan Pahang, saya 'design' sendiri, manakala jersi JDT saya tempah daripada pengedar.

"Itupun hanya dalam kuantiti yang sedikit setiap saiz. Faktor hujan lebat bermula lewat petang menyebabkan perniagaan jersi tahun ini kurang mendapat sambutan kerana peminat-peminta lebih suka menonton di rumah," tambahnya.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain