Nicol Atasi Wee Wern, Mara Ke Separuh Akhir - Sukan | mStar

Nicol Atasi Wee Wern, Mara Ke Separuh Akhir

Nicol (kiri) berjaya menyekat kemaraan Wee Wern.
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David meneruskan aksi cemerlang untuk memburu gelaran hatrik Terbuka Amerika Syarikat apabila layak ke saingan separuh akhir di Philadelphia.

Pada saingan suku akhir, Rabu, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, mengalahkan rakan senegara, Low Wee Wern 11-6, 11-4 dan 11-9.

"Ini adalah salah satu kejohanan besar bagi diri saya dan teruja kerana sampai ke peringkat ini. Memang sukar untuk bermain dengan Wee Wern kerana setiap pemain yang layak ke suku akhir adalah lawan yang mencabar," kata Nicol, seperti dipetik dalam laman rasmi kejohanan, www.usopensquash.com.

Pemain berusia 31 tahun itu akan berdepan dengan musuh tradisi, Raneem El-Weleily dari Mesir pada saingan separuh akhir, Sabtu.

Raneem, pemain nombor tiga dunia, menebus kekecewaan dengan menyingkirkan pemain England, Alison Waters, 11-9, 11-8 dan 11-5, dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Pemain berusia 25 tahun itu kalah kepada Waters, selaku pemain nombor lima dunia, pada suku akhir Terbuka Carol Weymuller di New York, minggu lepas.

Nicol David , Low Wee Wern , skuasy , Terbuka AS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JDT Tempah Tiket Separuh Akhir Piala Malaysia

Artikel Berkaitan

Nicol Juarai Terbuka Macau

Artikel Lain