Bajet 2015 Ke Arah Negara Bersukan - KJ - Sukan | mStar

Bajet 2015 Ke Arah Negara Bersukan - KJ

KUALA LUMPUR: Peruntukan besar yang diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan bukan sahaja memacu Malaysia ke arah negara bersukan tetapi melahirkan golongan belia yang berpotensi tinggi.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, peruntukan tersebut mencatatkan peningkatan yang begitu mendadak sekali daripada RM700 juta kepada hampir RM1 bilion.

"Kita terima tambahan (peruntukan) RM103 juta untuk sukan, tambahan RM320 juta untuk pembangunan belia yang meliputi program baharu menggantikan PLKN.

"Bagi saya ia satu bajet yang begitu besar... memberi tanggungjawab yang begitu besar kepada sektor belia dan juga sukan," katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata beliau turut berterima kasih di atas keprihatinan Perdana Menteri menyediakan inisiatif baharu berkaitan belia seperti mewujudkan skim perumahan belia yang mampu menarik minat golongan muda.

"Saya rasa ia satu permulaan dan pakej yang baik. Sekiranya skim ini berjaya maka kita akan minta tambahan (peruntukan) lagi," katanya.

Jelas beliau, skim tersebut merupakan pakej yang menarik, bukan hanya meliputi jaminan yang diberikan terhadap pinjaman tetapi bantuan kerajaan untuk meringankan beban bayaran bulanan perumahan bagi tempoh dua tahun pertama.

"Mana lagi kita hendak cari orang bayar pinjaman perumahan kita," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, sukan teras memang memerlukan satu program khusus untuk dibangunkan semula selepas prestasi buruk pada kedua-dua temasya sukan itu," kata Sieh.

Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad pula menyifatkan penyenaraian sukan berbasikal sebagai salah satu sukan tumpuan adalah penghormatan untuk badan induk itu.

"Bukan sahaja atlet elit sekarang akan diperkemas dan dihalusi, tetapi bakat muda yang berjaya mengharumkan nama negara akan ditingkat dan diserapkan ke dalam skuad elit bagi mengharumkan nama negara di pentas dunia," katanya.

Menteri Belia dan Sukan , basikal , MOM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain