suria

Kecemerlangan Falcao Di EPL Kini Bermula - Van Gaal

LOUIS van Gaal percaya kecemerlangan karier Radamel Falcao di Liga Perdana Inggeris kini bermula selepas penyerang Colombia itu berjaya menjaringkan gol pertamanya pada Ahad.

Dalam perlawanan menentang Everton di Old trafford itu, Falcao menjaringkan gol kedua bagi memastikan United berjaya mengutip tiga mata penuh selepas keputusan terikat 1-1.

Radamel Falcao celebrates his first goal in a Manchester United shirt against Everton on Sunday

Falcao yang bakal menjadi pemain tetap Manchester United dengan nilai  £50 juta sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan pertama.

Pemain berusia 28 tahun itu gagal menyempurnakan beberapa peluang sebelum ini tetapi Van Gaal memintanya untuk berusaha keras dan mendapatkan gol pertama.

"Dia perlukan gol itu. Saya telah bercakap dengannya kerana saya rasakan dia berusaha begitu banyak untuk menjaringkan gol.

Louis van Gaal said the expensive loan signing needed the goal after putting a lot of pressure on himself

"Dia merupakan pemain yang sentiasa menjaringkan gol pada setiap perlawanan dan sebelum ini dia telah menunggu dalam tempoh yang lama. Saya boleh memahami dan sekarang dia telah menjaringkan gol," kata Van Gaal.

Walaupun kemenangan itu meletakkan United di tangga keempat liga namun Van Gaal masih belum menggunakan kekuatan sebenar pasukan berkenaan yang telah membelanjakan £150 juta pada musim ini. 


Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain