suria

Arsenal Perlu Bersedia, Chelsea Kini Lebih Baik - Hazard

EDEN HAZARD memberi amaran kepada Arsenal bahawa Chelsea kini lebih baik daripada musim lalu, iaitu ketika mereka membelasah skuad Arsene Wenger 6-0.

Jelasnya, Chelsea juga pada musim ini mempunyai penyerang yang telah menjaringkan lapan gol dan bekas pemain tengah Arsenal iaitu, Cesc Fabregas.

Selain itu, kelab kendalian Jose Mourinho juga mempunyai rekod tanpa kalah dalam sembilan perlawanan berbanding semasa mereka membelasah Arsenal.

"Skuad ini (Chelsea) kelihatan lebih baik - mungkin tidak begitu sempurna tetapi lebih baik daripada musim lalu. Jika musim lalu kami menjadi terbaik tetapi kali ini kami ingin menjadi cemerlang.

"Satu perkara yang baik ialah kami mempunyai Fabregas di tengah. Dia salah seorang pemain tengah terbaik di dunia. Mereka memahami bola sepak dan semuanya akan menjadi mudah bila bermain dengan mereka," katanya.

Menurut Hazard, pengalaman membelasah Arsenal 6-0 merupakan keputusan yang baik bagi mereka dan pertemuan kali ini pasti akan menjadi lebih menyeronokkan.

Chelsea akan menerima kungjungan Arsenal pada Ahad.

Arsenal, Chelsea

Artikel Lain