suria

Man United Dapatkan Ketua Fisio Southampton, Atasi Krisis Kecederaan

MANCHESTER United cuba menyelesaikan masalah kecederaan pemain yang melanda skuad itu dengan menandatangani ketua pasukan fisio Southampton, Matt Radcliffe.

Pengendali United, Louis van Gaal kini kehilangan sembilan pemain utama ketika skuad tersebut bakal berhadapan Everton pada Sabtu ini.

Radcliffe yang merupakan seorang fisio terbaik dalam Liga Perdana Inggeris akan menjalankan tugas terakhir bersama Southampton pada Ahad ini.

United memerlukan seorang fisio berpengalaman bagi memulihkan pemainnya secepat mungkin dengan program lebih baik.

Antara pemain United yang mengalami kecederaan ialah Michael Carrick (buku lali), Marouane Fellaini (buku lali), Phil Jones (hamstring), Ashley Young (pangkal paha), Jonny Evans (buku lali), Chris Smalling (pinggul) dan Ander Herrera.

Radcliffe akan menggantikan Rob Swire yang akan bersara pada musim panas ini manakala Neil Hough diberikan tanggungjawab lain.

Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain