suria

Everton Mahu Tewaskan Liverpool Di Anfield, Lebur Rekod 15 Tahun

Roberto Martinez

KEMENANGAN terakhir Everton keatas Liverpool di Anfield ialah 15 tahun lalu dan berikutan itu pastinya skuad tersebut inginkan kemenangan dalam pertembungan kali ini.

Skuad bimbingan Roberto Martinez dijangka akan menggunakan kesempatan terhadap keletihan pemain Liverpool yang terpaksa mengharungi 120 minit ketika menentang Middlesbrough pada Selasa.

Mereka perlu memberi tekanan kepada Liverpool supaya dapat mengurangkan serangan lawan selain mematikan kelincahan Daniel Sturridge dan Raheem Sterling.

Liverpool v Everton

Kedua-dau tonggak utama itu juga dijangka masih dalam keletihan akibat perlawanan Piala Liga dan ia memberi peluang kepada anak didik Martinez.

Bagaimanapun, menewaskan Liverpool di Anfield bukan tugas mudah kerana Everton telah mencuba sejak 15 tahun lalu.

Pastinya, jurulatih Liverpool, Brendan Rodger mempunyai percaturan tersendiri bagi memastikan skuadnya mampu meneruskan rentak kemenangan.


Liverpool, Everton

Artikel Berikut

Artikel Lain