suria

Sneijder 'tolak' MU

Wesley Sneijder
WALAUPUN memiliki nama yang gah, tidak semua pemain bola sepak berminat mewakili kelab Manchester United.


Terbaharu, pemain kebangsaan Belanda, Wesley Sneijder yang diburu bekas bosnya, Louis van Gaal menolak untuk berkunjung ke Old Trafford ketika kelab itu terus menunjukkan prestasi hambar di Liga Perdana Inggeris.

Sneijder berada di bawah radar buruan MU sebelum ini.

Ketika ini pemain midfield itu bermain untuk kelab Turki, Galatasaray.

Ditanya kemungkinan dia bertukar angin ke MU, bekas bintang Inter Milan itu berkata, dia tidak terfikir perkara itu kerana sedang bahagia di Istanbul.

“Minat yang ditunjukkan van Gaal kepada saya adalah satu penghormatan. Dia seorang genius bola sepak, tetapi saya tidak nampak ada kemungkinan saya menyertai kelabnya pada waktu ini,” katanya.

Menurut  Sneijder, 30, semua yang berlaku padanya di Turki kini amat menggembirakan.

Malah, katanya, keselesaan itu menyebabkan dia berasa seolah-olah berada di negara sendiri.

“Saya tidak tahu mengapa masih ada orang bercakap mengenai kemungkinan saya ke Old Trafford. Galatasaray tidak akan membebaskan saya dengan harga yang murah,” katanya.

Galatasaray, Manchester United, Turki

Artikel Berikut

'Bangang' Kata Khairy

Artikel Lain