suria

MU Dimalukan, Rooney Salahkan Pemain Sendiri

Rooney tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mark Clattenburg yang memberi tendangan penalti kepada pasukan Leicester City.
KETUA pasukan Manchester United, Wayne Rooney dikecam kerana menyalahkan anggota pasukannya selepas pintu gawang mereka bolos lima kali dalam perlawanan menentang Leicester City, malam Ahad.


Walaupun menjerit dan mengherdik beberapa pemain lain, pemerhati berkata, beban kesalahan sebenar atas gol berkenaan terletak di bahu Rooney.

Berdasarkan rakaman visual, bola berkenaan sepatutnya dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh Rooney namun dia gagal menyebabkan pemain Leicester City, Esteban Cambiasso berjaya menjaringkan gol sekali gus menyamakan kedudukan 3 -3.

Sebelum itu MU berjaya menjarakkan kedudukan dengan 3 -1 melalui jaringan cantik Robin van Persie, Angel Di Maria dan Ander Herrera.

Ketika pemain Leicester City semakin bersemangat selepas merapatkan jurang 3 -2, bola berada di kawasan penalti dan Rooney sepatutnya menendang bola berkenaan keluar dari kawasan bahaya, namun kesilapannya membolehkan Cambiasso merembat kuat melepasi jangkauan penjaga gol, David de Gea.

Sejurus selepas gawang mereka bolos, Rooney dilihat mengherdik beberapa pemainnya kerana jaringan berkenaan.

Dalam perlawanan itu, MU sekali lagi dimalukan apabila tewas 5–3 di tangan pasukan kurang ternama.

Wayne Rooney, MU, Leicester City

Artikel Sebelum

Balotelli Dihina Kerana Persenda MU

Artikel Berikut

Artikel Lain