suria

Real Madrid 8 - 2 Deportivo La Coruna, Ronaldo Cipta Hatrik Ke-27

BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo berjaya menghasilkan hatrik ke-27 sepanjang kariernya ketika membantu Real Madrid membenam Deportivo La Coruna 8-2 dalam aksi La Liga pada Sabtu.

Selain Ronaldo yang kini disebut akan berhijrah ke Manchester United, Gareth Bale dan James Rodriguez turut menjaringkan gol.

Bale berjaya menghasil dua jaringan manakala bintang Colombia iaitu Rodriguez satu gol.

Tidak terlepas untuk membuktikan ketajaman penyudahnya ialah bekas penyerang United, Javier Hernandez.

Penyerang Mexico itu menghasil dua gol pada minit terakhir bagi memastikan Real Madrid menamatkan perlawanan dengan keputusan cemerlang.

Jumlah lapan gol itu merupakan jaringan terbanyak berjaya dihasilkan Real di tempat lawan dalam saingan La Liga. 


 



  

Artikel Lain