suria

Futsal AFF: Malaysia Mula Aksi Sumbang, Tewas 1-6 Kepada Indonesia

SHAH ALAM: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2014 dengan langkah sumbang apabila diaibkan Indonesia 1-6 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Melawati pada Jumaat >

Pasukan negara bimbingan Maizal Hairi Marzuki ternyata gagal menandingi gerakan kemas Indonesia serta menampilkan rentak persembahan hambar sehingga hanya mampu melihat gawang dibolosi.

Indonesia hanya memerlukan masa tiga minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Bambang Bayu Saptaji diikuti Andri Kistiawan pada minit kelapan.

Bagaimanapun, Malaysia mampu merapatkan jaringan dua minit kemudian menerusi Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin sebelum tamat separuh masa.

Pada babak kedua, skuad negara semakin longlai apabila Indonesia menguasai perlawanan dengan gerakan pantas dan menambah empat lagi gol menerusi Jaelani Ladjanibi (minit ke-24), Ardy Dwi Suwardy (25'), Bambang (35') dan Nur Ali padaminit ke-36.

Maizal Hairi berkata beliau kecewa dengan aksi longlai skuad negara yang dimalukan di laman sendiri.

Beliau berkata anak buahnya banyak melakukan kesilapan, hilang fokus dan cepat kecewa selepas gagal menyudahkan beberapa peluang jaringan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A dengan naib juara Australia, Brunei, TimorLeste dan Indonesia manakala Kumpulan B terdiri daripada juara bertahan,Thailand, Vietnam, Myanmar, Laos dan Filipina.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan A, Timor Leste mengalahkan Brunei 2-0 manakala dalam perlawanan Kumpulan B pula, Vietnam membenam Myanmar 6-1 dan Laosseri 4-4 dengan Filipina. 

Futsal AFF

Artikel Sebelum

Artikel Lain