Dollah Mungkin Lamar Brendan, Gary Bagi Cabaran AFF 2014 - Sukan | mStar

Dollah Mungkin Lamar Brendan, Gary Bagi Cabaran AFF 2014

Brendan (kiri) menjadi perhatian jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh.

INCHEON (Korea Selatan): Ketua jurulatih kebangsaan Dollah Salleh berkemungkinan besar akan menguna khidmat pemain tengah Harimau Muda, Gary Steven Robbot dan pemain pertahanan Brendan Gan Seng Ling bagi membantu Harimau Malaya menghadapi cabaran Piala Suzuki AFF 2014 di Singapura dan Vietnam dari 22 November hingga 20 Disember ini.

Beliau berkata beliau terpikat dengan corak permainan kedua-dua pemain yang dilihat menonjol pada aksi perlawanan kedua peringkat Kumpulan A ketika Malaysia menentang Laos di Stadium Ansan Wong pada Temasya Sukan Asia ke-17 pada Rabu.

|Skuad Bawah 23 tahun negara berjaya mengutip tiga mata pertama setelah mengalahkan Laos 4-0 dan akan melengkapkan jadual perlawanan kumpulan  menentang Arab Saudi pada Ahad ini bagi memperoleh slot ke suku akhir.

"Saya dapat melihat perubahan besar pada pasukan Bawah 23 negara semalam setelah Gary dibawa masuk oleh jurulatih Datuk Ong Kim Swee dan selepas itu Malaysia mula menjaringkan tiga gol," katanya kepada Bernama di perkampungan atlet pada Khamis.

Beliau berkata nama dua pemain iaitu kapten pasukan Harimau Muda, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan pemain pertahanan Mohamad Fadhli Mohd Shah telah didaftar dalam sistem pemain yang akan beraksi di cabaran AFF nanti.

"Kita mempunyai ramai pemain tengah berbakat namun sukar untuk mendapatkan pemain di jentera serangan dan saya perlu berhati-hati dalam membuat keputusan dalam pengambilan pemain," kata Dollah.

Beliau berkata beliau telah memasukan nama 22 pemain dalam sistem pendaftaran pemain dan hanya akan mengumunkan senarai akhir selepas perlawanan amal persahabatan menentang Terengganu pada 24 September ini di Kuala Terengganu.

Pada cabaran AFF Suzuki 2014, Malaysia bakal menghadapi cabaran getir apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Singapura yang juga juara bertahan selain juara tiga kali Thailand.

Sebagai rekod, Singapura adalah pemenang terbanyak kejohanan sebanyak empat kali (1998 dan 2004 - ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger), 2007 dan 2012 selain Thailand sebanyak tiga kali (pada 1996, 2000 dan 2002).

Malaysia pula meraih kejuaraan sulung pada 2010 yang dihoskan Indonesia dan Vietnam selain pernah muncul naib juara pada 1996 selepas kalah 0-1 kepada Thailand.

AFF , Dollah Salleh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ISN Bukan Pusat Urut Atlet - KJ

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain