Terbuka AS: Serena Jumpa Wozniacki Di Final - Sukan | mStar

Terbuka AS: Serena Jumpa Wozniacki Di Final

Serena mara ke final selepas menewaskan Makarova dengan mudah pada aksi separuh akhir Terbuka AS.
NEW YORK: Serena Williams akan bertemu dengan Caroline Wozniacki di final dalam usaha memburu gelaran Grand Slam ke-18nya.

Serena menamatkan aksi separuh akhir dengan mudah selepas menewaskan Ekaterina Makarova 6-1, 6-3.

Pemain No.1 dunia itu yang juga pemenang dua kali berturut-turut di Flushing Meadows dan kelima secara keseluruhan akan sedang berusaha untuk menyamai rekod Chris Evert dan Martina Navratilova memenangi 18 gelaran utama.

Selepas memenangi 17 kejohanan utama, Serena menunjukkan wajah ceria dapat kembali berentap di final selepas gagal melepasi pusingan keempat pada setiap kejohanan utama tahun ini.

"Ia satu perasaan yang hebat," katanya.

Dalam aksi berasingan, Wozniacki dari Denmark menewaskan Peng Shuai 7-6 (7/1), 4-3.

Pemain China itu terpaksa menarik diri akibat kecederaan.
 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Tenis Terbuka Amerika Syarikat

Artikel Berkaitan

Artikel Lain