Man United Sedia Gilap Bakat Muda Walaupun Berbelanja £150 Juta - Sukan | mStar

Man United Sedia Gilap Bakat Muda Walaupun Berbelanja £150 Juta

MANCHESTER United menegaskan bahawa pasukan itu tetap komited terhadap usaha menggilap bakat muda walaupun telah membelanjakan sebanyak £150 juta untuk skuad musim ini.

United melakukan rombakan terbesar dalam sejarah skuad itu apabila melepaskan 12 pemain dan membawa masuk enam tonggak baharu.

Juara 20 kali Liga Perdana Inggeris itu memecah rekod pemindahan pemain dengan membelanjakan sebanyak  £59.7 juta untuk Angel di Maria termasuk  £28.8 juta untuk pemain tengah Ander Hererra dan  £27 juta bagi mendapatkan Luke Shaw.

Red Devils juga mempertaruhkan sebanyak  £16 juta untuk Marcos Rojo dan  £14 juta bagi Daley Blind, selain  £6 juta lagi dibayar untuk meminjam penyerang Colombia, Radamel Falcao dari Monaco.

Akibat kemasukkan pemain terbabit, Danny Welbeck, Tom Cleverly, Tom Lawrence, Javier Hernandez dan Shinji Kagawa menjadi mangsa kerana perlu meninggalkan kelab berkenaan.

Bekas pembantu Alex Ferguson, Mike Phelan pula menyifatkan United telah hilang identiti apabila membenarkan Welbeck yang bersama kelab itu sejak berusia lapan tahun berhijrah ke Arsenal.

Bagaimanapun United tetap berkeras mahukan Louis van Gaal memberi peluang kepada pemain muda dari akademi kelab itu.

Ia termasuk membenarkan penyerang muda mereka, James Wilson membuktikan bakatnya dalam membantu skuad berkenaan pada musim ini.

Pengurus kelahiran Belanda itu sebelum ini telah menyatakan kekagumannya terhadap Wilson dan bersedia memberi tempat kepada pemain itu dibelakang Wayne Rooney, Robin van Persie dan Radamel Falcao.

Wilson, 18, pernah membantu United menjaring dua gol ketika kelab itu menang 3-1 keatas Hull pada musim lalu.


  
Manchester United

Artikel Sebelum

Christiano Ronaldo Mahu Pulang Ke Man United

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan