suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aston Villa Kekal Rekod Bersih Tewaskan Hull City

Weimann menjaringkan gol kedua untuk Aston Villa.

ASTON Villa mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini selepas menewaskan Hull City 2-1, Ahad.

Aston Villa menguasai jaringan pada minit ke-14 melalui Gabby Agbonlahor dan Andreas Wieman (m-36').

Manakala Hull City gagal menyamakan kedudukan selepas merapatkan jaringan pada minit ke-74 melalui Nikica Jelavic.

Sementara itu, pada satu lagi aksi malam ini, Liverpool membenam Tottenham Hotspur 3-0 dengan jaringan awal minit kelapan oleh Daniel Sterling.

Kapten pasukan, Steven Gerrard menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-49 untuk gol kedua The Reds sebelum Alberto Moreno menambah gol ketiga (m-60').

Perlawanan ini juga menyaksikan pemain baharu Liverpool Mario Balotelli disenaraikan dalam barisan utama.

Manakala pengurus pasukan Brendan Rodgers mencatat rekod ke-100 perlawanan bersama kelab ini dengan 56 kemenangan dan 214 jaringan gol.

Aston Villa, Hull City, Liverpool, Spurs

Artikel Lain