suria

Terbuka AS: Wawrinka Mara Ke Pusingan ketiga Selepas Marahkan Penonton

PEMAIN pilihan ketiga Stanislas Wawrinka menempah tiket ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat selepas mengetepikan Thomas Bellucci 6-3 6-4 3-6 7-6 (1) dalam aksi penuh dramatik pada Khamis.

Pada perlawanan tersebut jelas kelihatan Wawrinka gagal mengawal emosi ketika pemain Brazil yang berada di ranking ke-95 menang pada set ketiga dan memberi tekanan pada set terakhir perlawanan.

Pada set ketiga, Belucci mengatasi dengan mata 5-1 sekaligus menyaksikan permainan semakin rancak untuk mengheret ke set seterusnya.

Ketika mata seri 5-5, Wawrinka tidak mampu membendung lagi tekanannya dan kelihatan mulutnya berleter-leter sebelum menjerit kepada penonton supaya diam.

Bagaimanapun pemain Australia itu kembali tenang dan menguasai perlawanan mendominasikan kedudukan 7-1 pada set terakhir.

"Saya cuba untuk memberi fokus apabila tahu keadaan semakin tertekan. Ia sangat sukar.

"Dia bermain dengan baik dan pada set keempat saya cuba cari keyakinan dan bermain lebih agresif. Selepas itulah baru nampak ada perbezaan dalam permainan itu," katanya.

Wawrinka akan meneruskan aksi ketiga bertemu Blaz Kavcic dari Slovenia.

Kavcic menempah tiket ke pusingan ketiga selepas menang ke atas pemain Perancis Jeremy Chardy 6-2 6-7 (6) 6-3.

Artikel Lain