Chen Long Nafi Jadi Ancaman Utama Chong Wei Rebut Juara Dunia - Sukan | mStar

Chen Long Nafi Jadi Ancaman Utama Chong Wei Rebut Juara Dunia

Pemain nombor dua dunia dari China, Chen Long ketika beraksi menentang pemain Austria, Luka Wraber pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Copenhagen, Selasa. Foto BERNAMA

COPENHAGEN, (Denmark): Pemain perseorangan lelaki nombor dua dunia Chen Long dari China menafikan cakap-cakap kononnya dia menjadi ancaman besar kepada Datuk Lee Chong Wei untuk meraih gelaran juara dunia.

Pemain tinggi lampai berusia 25 tahun itu berkata walaupun ketiadaan rakan sepasukannya Lin Dan, yang merupakan musuh ketat Chong Wei, masih terdapat pemain lain yang mampu memberi ancaman kepada pemain Malaysia itu pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 yang berlangsung di sini sekarang.

"Laluan saya ke peringkat akhir juga agak sukar dan oleh itu, saya tidak fikir saya merupakan satu-satunya pemain yang mampu memberi ancaman kepada Chong Wei," katanya pemberita melalui penterjemah pada Selasa.

Chen Long menempah tiket ke pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Ballerup Super Arena di sini hari ini setelah mengetepikan pemain Austria Luka Wraber dengan mata 21-8 dan 21-10.

Mengenai prestasinya pada Selasa, Chen Long berkata, dia masih tercari-cari rentak terbaik untuk menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang.

Chen Long akan bertemu pemain Jerman Marc Zwiebler, yang mengalahkan pemain Sri Lanka Niluka Karunaratne dengan mata 21-18 21-11, pada perlawanan pembukaan.

Chen Long , Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain