suria

Mehdi Benatia Sah Milik Bayern Munich

BAYERN Munich memenangi perebutan mendapatkan pertahanan bernilai tinggi Roma, Mehdi Benatia yang turut dikaitkan dengan kelab gergasi dari England.

Pemain antarabangsa Magribi berusia 27 tahun itu sebelum ini turut menjadi sasaran Arsenal, Manchester United dan Manchester City.

Bagaimanapun Benatia kini dilaporkan telah bersetuju untuk berhijrah ke Munich dan akan melakukan ujian perubatan dalam tempoh terdekat.

Satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan kelab itu memberitahu, "Kelab yang menjuarai liga Jerman telah mencapai persetujuan dengan Roma bagi penghijrahan Mehdi Benatia. Kedua-duanya juga bersetuju untuk tidak mendedahkan yuran perpindahan.

"Benatia akan ke Munich dalam beberapa hari lagi untuk menjalani ujian perubatan. Pertahanan tengah itu akan menandatangani kontrak selama lima tahun."

Bayern Munich

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain