Tengku Abdullah Sedia Lepas Jawatan Presiden MHC - Sukan | mStar

Tengku Abdullah Sedia Lepas Jawatan Presiden MHC

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

KUALA LUMPUR: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda bersedia melepaskan jawatan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pada mesyuarat agung tahunan (AGM) akan datang badan sukan itu.


Tengku Abdullah bertitah sudah tiba masanya badan induk sukan itu diterajui oleh pemimpin yang komited dan berpengaruh termasuk dalam urusan mendapatkan dana bagi memajukan sukan hoki negara.

"Saya fikir MHC perlu sedikit rombakan...Saya telahpun buat kenyataan yang saya berhasrat melepaskan jawatan itu.

"Saya ingin menyerahkan tempat itu kepada seseorang yang dapat menaikkan lagi hoki...Kenyataan saya ini tidak perlu dibahaskan. Ini hasrat saya, itu saja," titah Tengku Mahkota Pahang itu.

Tengku Abdullah bertitah kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Anggota Jawatankuasa Tertinggi MHC di sini, Isnin.

Sepanjang dua penggal memimpin sukan hoki, Tengku Abdullah bertitah secara keseluruhan baginda berpuas hati dengan pencapaian pasukan negara walaupun prestasi skuad kebangsaan kurang memuaskan kebelakangan ini.

"Saya berpuas hati dengan pencapaian skuad hoki negara. Namun sudah sampai masanya bagi memberi peluang kepada individu yang boleh berbakti kepada hoki. Memang ada sedikit tersinggung (susulan prestasi skuad hoki) tetapi bukan bermakna saya tidak berpuas hati.

"Saya sudah melakukan yang terbaik untuk pasukan hoki negara, pencapaian terbaik...jika ada orang nak datang (sebagai presiden MHC), saya kosongkan kerusi itu. Tidak perlu emosi mengenainya," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah pemilihan kepimpinan baharu MHC akan dilakukan pada AGM 2014-2018 iaitu selepas Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, yang berakhir 4 Oktober.

MHC turut mencalonkan Tengku Abdullah sebagai Presiden Persekutuan Hoki Asia pada pemilihan yang akan diadakan pada 31 Ogos ini. 


Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain