Piala Malaysia: PDRM Menang Selesa Ke Atas Sime Darby - Sukan | mStar

Piala Malaysia: PDRM Menang Selesa Ke Atas Sime Darby

S. Chanthuru ketika meraikan gol ketiga Sarawak. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Sime Darby FC pada aksi pembukaan kumpulan D Piala Malaysia 2014 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Khamis malam.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad 'The Cops' merampas kedudukan teratas kumpulan dari Selangor berdasarkan perbezaan jaringan walaupun kedua-dua pasukan mengutip tiga mata.

Selangor mengalahkan wakil kelab Terengganu, T-Team dengan kemenangan 2-1 pada satu lagi aksi kumpulan D di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pada Rabu.

Pada aksi ini, penyerang import dari Maldives, Ali Ashfaq membuka tirai jaringan untuk skuad 'The Cops' pada minit ke-14 sebelum Bobby Gonzales menggandakan kedudukan pada minit ke-35.

Ashfaq menjadi watak pemusnah apabila mencipta gol kedua peribadi pada minit ke-48 untuk mengesahkan tiga mata mutlak menjadi milik PDRM.

Di Stadium Negeri, Kuching, pasukan Sarawak hampir diaibkan Terengganu, sebelum meraih kemenangan tipis 3-2 dalam aksi pembukaan kumpulan B.Penyerang import Ryan Griffiths meletakkan Sarawak pada kedudukan selesa selepas mencipta dua jaringan, masing-masing pada minit ke-10 (penalti) dan 29' sebelum S. Chanturu menambah gol ketiga semasa separuh masa pertama hampir tamat.

Terengganu, yang tidak berputus asa, bangkit pada babak kedua untuk merapatkan defisit jaringan menerusi pemain import dari Australia, Mario Karlovic pada minit ke-58 serta Zairo Anuar Zailani pada minit ke-69 menerusisepakan penalti.

Dalam satu lagi aksi kumpulan B, Perak mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas jiran mereka, Kedah di Stadium Perak, Ipoh.Penyerang import dari Montenegro, Milan Purovic meletakkan skuad 'The Bos Gaurus' di hadapan seawal minit ke-10 selepas memanfaatkan lorongan daripada Abdulafees Abdulsalam.

Billy Mehmet Osman berjaya menyamakan kedudukan untuk Kedah pada minit ke-44 sebelum Mohamad Hafiz Ramdan meledak jaringan kemenangan untuk Perak pada minit ke-52 selepas memanfaatkan hantaran daripada Purovic.

Kedudukan penuh pasukan kump B dan D selepas perlawanan pertama ini:

KUMPULAN B:

Sarawak   3 mata

 Perak        3

 Terengganu  0

 Kedah          0  

 KUMPULAN D: 

 PDRM     3 mata  

Selangor  3  

T-Team    0  

Sime Darby FC  0

piala malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain