suria

60,000 Sertai Larian Maraton Antarabangsa Jambatan P.Pinang

GEORGE TOWN: Asics Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang dijangka mencipta rekod baharu dalam Guinness World Records sebagai acara larian merentasi jambatan teramai apabila sehingga kini 60,000 orang telah mengesahkan penyertaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Danny Law Heng Kiang berkata pihaknya telah menghantar permohonan bagi melayakkan kejohanan itu tersenarai dalam rekod dunia selepas empat kali beturut-turut meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR).

"Untuk mendapatkan MBR, setiap penganjuran mesti mencacat peningkatan 20 peratus. Setakat ini pencapaian kami konsisten dan kami berharap dapat tersenarai dalam rekod dunia pula kali ini," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dijadual merasmikan kejohanan edisi keenam yang julung kali diadakan di Jambatan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 16 November ini.

Acara perlumbaan terbahagi kepada lima kategori iaitu maraton penuh lelaki dan wanita (42.195km); maraton separuh lelaki dan wanita (21km); Terbuka 10km (lelaki dan wanita 18 tahun ke atas), Junior 10km (13-17 tahun) dan Larian Ria 7km.

Tarikh tutup penyertaan ialah 30 September dan orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web www.penangmarathon.gov.my atau hubungi 016-4110000.

maraton, jambatan pulau pinang, asics

Artikel Lain