suria

15 Pasukan Berentap Dalam Liga Hoki Negeri Sembilan 2014

SEREMBAN: Lima belas pasukan akan berentap dalamLiga Hoki Negeri Sembilan 2014 bagi merebut Piala Pusingan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, bermula Jumaat.

Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Sembilan P. Tamil Selvan berkata liga ini dibahagikan kepada dua divisyen iaitu Divisyen 1 dan Divisyen 2.

"Lima pasukan akan bersaing dalam Divisyen 1 manakala 10 pasukan lagi menyertai dalam Divisyen 2. Liga ini akan berlangsung selama dua bulan mulai bulan ini di Stadium Hoki Seremban 2 di sini dan Tampin," jelasnya pada Khamis.

Katanya Liga Hoki Negeri Sembilan 2014 melibatkan perlawanan antara pasukan Jabatan Imigresen KLIA dengan Tampin Senior bagi merebut PialaSumbangsih.

Jabatan Imigresen KLIA merupakan juara keseluruhan liga 2013 manakala Tampin Senior merupakan johan Divisyen 1 2013.

Selain Piala Pusingan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, johan keseluruhan liga itu akan menerima hadiah wang tunai RM2,500, naib johan RM2,000 dan tempat ketiga RM1,500.

Tamil Selvan berharap melalui liga ini, pemain-pemain berbakat akan dikenal pasti untuk diserapkan dalam pasukan hoki Negeri Sembilan.

hoki, liga negeri sembilan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain