Pemilihan Pemain Di Tangan Jurulatih - Tengku Mahaleel - Sukan | mStar

Pemilihan Pemain Di Tangan Jurulatih - Tengku Mahaleel

Vivian Kah Mun Hoo (kiri)dan Khe Wei Woon menunjukkan pingat emas yang dimenangi pada temasya Sukan Komanwel Glasgow, Scotland.

SEPANG: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjelaskan persatuan itu tidak boleh disalahkan ekoran persembahan hambar pemain perseorangan lelaki di Sukan Komanwel baru-baru ini. 

Ini kerana pemilihan pemain adalah keputusan jurulatih dan bukan persatuan, kata Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff. 

Beliau berkata BAM tidak mencampuri urusan pemilihan pemain Liew Darren untuk disenaraikan ke Glasgow, Scotland bagi menggantikan slot Datuk Lee Chong Wei yang cedera. 

Katanya, keputusan itu adalah atas cadangan barisan kejurulatihan skuad badminton kebangsaan yang diketuai Rashid Sidek. 

"Kita telah mempersoalkan adakah Liew Darren telah diberikan keberatan (penumpuan) untuk mengubahsuai dari segi mental. Kalau coach kata sudah, siapa saya. 

"Kita (BAM) hanya committee bukan individu yang melatih mereka (pemain) hari-hari. Kita sudah soal coach adakah pemain ini diberi pembaikan dari segi kelemahannya dan coach kata sudah. 

"Kita kena percaya coach sebab tiap-tiap hari dia mengajar (melatih) pemain," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa. 

Beliau berkata demikian berikutan kritikan pedas beberapa pihak termasuk Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong yang kecewa dengan aksi longlai pemain perseorangan lelaki dalam misi memburu pingat emas di Sukan Komanwel itu. 

Liew dikritik hebat berikutan kekalahan mudah kepada pemain Kashyap Parupalli dari India di peringkat suku akhir acara perseorangan lelaki. 

Dalam pada itu, Tengku Mahaleel berkata para pemain telah mempamerkan persembahan memberansangkan apabila berjaya meraih tiga pingat emas, termasuk kejutan daripada pasangan beregu wanita Vivian Kah Mun Hoo/Khe Wei Woon.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kesemua pemain dan jurulatih agar tidak terlalu selesa dengan kemenangan di Sukan Komanwel kerana lawan mereka di Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan sedang 'memerhatikan' kemenangan itu. 

Ditanya mengenai kedudukan Liew Darren yang mungkin tidak disenaraikan pada temasya Sukan Asia nanti, Tengku Mahaleel berkata keputusan itu terletak di tangan barisan kejurulatihan. 

"Semua player bermain untuk negara, kita kena hormat mereka. Memang kebiasaan, kadang-kala menang kadang-kala kalah begitu juga dengan Datuk Lee Chong Wei yang ada ketika cedera. 

"Kita tidak boleh terus menyalahkan mereka (pemain yang kalah) kerana ia boleh menyebabkan mereka 'down' dan bila sudah 'down', ia susah untuk pulih," katanya. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain