Muhammad Firdaus Tekad Tebus Kekewaan di Kejohanan Trek Remaja Dunia - Sukan | mStar

Muhammad Firdaus Tekad Tebus Kekewaan di Kejohanan Trek Remaja Dunia

Muhammad Firdaus Mohd Zonis.
SEPANG: Pelumba pelapis kebangsaan Muhammad Firdaus Mohd Zonis bertekad untuk meraih pingat pada kejohanan Trek Remaja Dunia 2014 di Korea Selatan, selepas gagal pada kejohanan sama di Scotland tahun lepas.

Pemilik tiga pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2013 di New Delhi, India itu akan menyertai empat kategori iaitu acara keirin, 200 meter pecut individu, satu kilometer ujian masa dan acara pecut berpasukan.
 
"Pada penampilan pertama di Scotland, pencapaian saya tidak bagus kerana mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita sebelum bertolak ke Korea Selatan, hari ini.

Pada kejohanan sama tahun lepas, Muhammad Firdaus menamatkan saingan di kedudukan keenam selepas mengalami kecederaan akibat daripada terjatuh semasa perlumbaan berlangsung.

Muhammad Firdaus, 18, berkata saingan pada kejohanan itu lebih sengit berbanding ACC 2013, terutamanya daripada pelumba Eropah.
 
 
"Bukan mudah untuk melayakkan diri ke kejohanan ini, cabaran lagi besar dan agak sukar bertemu dengan lawan dari negara-negara lain, jadi saya akan gunakan kelebihan ini dengan sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad berkata pencapaian Muhammad Firdaus kini dilihat setanding dengan pelumba elit.
 
"Kejohanan ini juga dapat mengukur tahap sebenar para pelumba pelapis negara," katanya.

Beliau tidak menolak Muhammad firdaus juga berada dalam radar pelumba ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September ini.
Muhammad Firdaus , ACC , PKBM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Beregu Lelaki, Wanita Mara Ke Final

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain