Angkat Berat Sumbang Emas Pertama Malaysia - Sukan | mStar

Angkat Berat Sumbang Emas Pertama Malaysia

GLASGOW: Atlet angkat berat kebangsaan, Mohd Hafifi Mansor menepati ramalan apabila meraih pingat emas pertama buat kontinjen negara pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di sini, Sabtu.

Mohd Hafifi, 24, yang mengambil bahagian dalam kategori 69kg, menampilkan aksi cemerlang dengan jumlah angkatan 305kg menerusi snatch 135kg dan clean & jerk 170kg pada final di Scottish Exhibition and Conference Centre Precint di sini.

Pingat perak dimenangi oleh Yinka Ayenuwa dari Nigeria dengan 302kg manakala pingat gangsa menjadi milik Omkar Otari dari India dengan 296kg.
Mohd Hafifi Mansor
Sementara itu, peserta negara Mohammad Huzairi Ramli menamatkan saingan di tempat kelima dengan jumlah angkatan 290kg.

Mohd Hafifi menyifatkan kejayaan pingat emas itu merupakan hasil kesabaran dan mematuhi arahan jurulatihnya yang tidak mahu dia terjebak dengan perang psikologi daripada pihak lawan.

"Pada mulanya saya memang geram dan tercabar sebaik melihat atlet dari Nigeria (Yinka Ayenuwa) itu mahu membuat angkatan seberat 176kg bagi clean & jerk. Saya memang berniat untuk memintas berat angkatannya tetapi jurulatih enggan membenarkan saya berbuat demikian.

"Ini kerana beliau tahu ia lebih kepada serangan psikologi sahaja dan meminta saya bersabar. Hasilnya pingat emas milik kami," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam perkembangan sama, Mohd Hafifi turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan penyokong yang memberi sokongan menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

"Kemenangan ini adalah untuk Mak (Norizam Embong) di kampung (Kuala Terengganu), setiap kali saya membuat angkatan saya akan menyebut nama Mak, terima kasih Mak yang sentiasa menyokong serta mendoakan saya," katanya.

Mohd Hafifi turut meluahkan hajatnya untuk membantu keluarga dengan hasil duit ganjaran yang dijangka bernilai RM80,000.

"Saya mahu menggunakan duit ganjaran nanti untuk membantu ibu saya membeli rumah di Kuala Terengganu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain