suria

Pinto Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Costa Rica

JORGE Luis Pinto mengambil keputusan meletak jawatan sebagai jurulatih Costa Rica kerana bercanggah pendapat dengan pihak persatuan. 

“Saya menyedari tidak boleh menerima syarat yang diberikan bagi meneruskan tugas saya ini,” jelas jurulatih kelahiran Colombia di laman website (www.jorgeluispinto.com) pada Khamis.  

“Jadi ia gagal mencapai persetujuan untuk menyambung kontrak saya.”

Costa Rica mencatat rekod terbaik dalam aksi Piala Dunia selepas mara ke suku akhir buat kali pertama di Brazil bulan lalu, namun tewas kepada Belanda dalam penentuan penalti.

Jorge Luis Pinto, Costa Rica

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain