suria

FAM Diminta Tukar Tarikh Pertemuan T-Team Dan Selangor 14 Ogos Depan

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta merombak semula jadual pertandingan Piala Malaysia yang melibatkan pasukan T-Team dan Selangor di sini pada 14 Ogos kerana hari tersebut jatuh pada malam Jumaat.

Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh berkata atas dasar negeri, malam Jumaat tiada sebarang aktiviti berbentuk sebegini boleh diadakan di negeri Terengganu.
 
"Jadi kita minta FAM mengubah jadual perlawanan itu kepada 13 Ogos," katanya kepada Bernama selepas perlawanan persahabatan antara T-Team dan Pahang di sini malam tadi.

Menurut Abdul Rashid di peringkat pusingan awal, T-Team dan Selangor berada dalam satu kumpulan bersama-sama Sime Darby dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata sasaran T-Team dengan persiapan yang begitu rapi, akan berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir tahun ini.

Abdul Rashid berkata 10 pemain skuad Piala Presiden Terengganu telah diserap ke dalam skuad T-Team untuk menghadapi Piala Malaysia ini.

Beliau berkata peristiwa T-Team turun daripada Liga Super ke Liga Perdana tahun depan tidak memberikan apa-apa kesan malah semangat pemain lebih mantap.

Katanya T-Team telah mengatur beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan Kelantan pada 20 Julai, Felda United (6 Ogos) dan Pahang di sini malam tadi.

Beliau berkata T-Team mendapatkan khidmat pakar motivasi daripada luar untuk memberikan motivasi kepada pemain sebagai persediaan menghadapi Piala Malaysia.

FAM, T-Team, Selangor

Artikel Sebelum

Rosberg Juara F1 Jerman

Artikel Lain