suria

Wimbledon: Kvitova Menang Mudah, Julang Gelaran Kali Kedua

Petra Kvitova. Foto AFP

PETRA Kvitova berjaya memenangi gelaran Wimbledon buat kali kedua selepas menewaskan menaklukkan Eugenie Bouchard akhir kejohanan tenis di London, Sabtu menerusi kemenangan mudah 6-3, 6-0, hanya dalam masa 55 minit.

Kvitova melalui perlawanan yang cukup sengit pada set pertama. Bagaimanapun Kvitova akhirnya memenangi set tersebut dalam masa 32 minit.

Pada set kedua, pemain berusia 24 tahun itu mula mendahului perlawanan. Kvitova menutup set ini dengan 6-0.

Kemenangan tersebut sekali gus mengangkat kejuaraan Kvitova selepas menjulang gelaran itu buat kali pertama pada 2011.


Artikel Lain