suria

F1 British: Force India Tak Cukup Bagus - Perez

SERGIO Perez menggambarkan prestasi pasukan Force India pada sesi latihan bebas Grand Prix British masih belum cukup bagus.

Pelumba kelahiran Mexico itu hanya mencatat kedudukan ke-16 terpantas pada sesi latihan bebas kedua awal pagi Sabtu.

Manakala rakan sepasukan Nico Hulkenberg yang tidak beraksi pada sesi latihan bebas pertama dan menggantikan pemandu simpanan Daniel Juncadella berada di kedudukan ke-17.

Perez berkata, sukar untuk Force India untuk mengulangi prestasi sebelum dan strategi tambahan diperlukan untuk bersaing dengan peasukan lain.

"Hari yang tidak baik walaupun kami memang menjangkakan Litar Silverstone lokasi sukar, dan ia memang tidak cukup bagus.

"Kami memang mempunyai isu dengan jentera ini, tidak konsisten. 

"Jadi apa yang perlu kami lakukan adalah perlu fokus dan cuba selesaikan masalah yang ada," jelasnya.

Force India, Sergio Perez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain