suria

Van Gaal Arah United Jual Marouane Fellaini

LOUIS van Gaal dilapor telah mengarahkan Manchester United supaya menjual Marouane Fellaini keran dia bukan pemain pilihan bagi memantapkan skuad tersebut.

Arahan tersebut telah diberikan kepada Ketua Eksekutif kelab, Ed Woodward sejak beberapa minggu lalu.

Fellaini tiba di Old Trafford pada September tahun lalu menerusi pembelian oleh David Moyes.

Bagaimanapun, nasib pemain Belgium itu di United tidak kekal lama apabila Van Gaal mahu dia dijualkan sebelum musim panas ini.

Fellaini dijangka dijual lingkungan £27 iaitu harga sama United mendapatkannya dari Everton.

Fellaini yang didakwa sebagai anak emas Moyes gagal memberikan hasil setimpal kepada United pada musim lalu.




Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain