suria

Luke Shaw, Ander Hererra Milik Man United

MANCHESTER United telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £58.8 juta untuk mendapatkan Luke Shaw dan Ander Herrera sebagai usaha kembali mengungguli Liga Perdana Inggeris.

United telah melengkapkan perpindahan pertahanan kiri England, Shaw dengan yuran sebanyak £30 juta selepas 24 jam menyelesaikan pembelian pemain tengah Athletic Bilbao, Hererra bernilai £28.8 juta pada Khamis.

United membuat pengumuman rasmi berhubung pembelian Hererra selepas Athletic Bilbao mendakwa telah menolak bidaan kelab itu pada Khamis.

Secured: Ander Herrera signed for Manchester United from Athletic Bilbao for £28.8million on Thursday

Ander Hererra bersama jersi United selepas tiba di Carrington.

Naib Pengerusi Eksekutif Kelab, Ed Woodward berkata, United telah mengeluarkan perbelanjaan hampir £60 juta bagi memuktamadkan pemindahan pemain terbabit dan sekurang-kurangnya 2 lagi akan dibeli selepas ini.

Jelasnya, pembelian awal itu dibuat bagi mengelakkan peningkatan harga pemain pada musim panas ini.

Shaw dijangka akan tiba menjalani pemeriksaan perubatan di Carrington pada Jumaat sebelum menandatangani perjanjian selama lima tahun.

Almost: Luke Shaw is set to become Man United's second summer signing for £30m on Friday

Luke Shaw antara yang dibeli United.


Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain