suria

Hanya Seorang Nenek Sambut Kepulangan Pemain England

PEMAIN skuad Piala Dunia England terdiri daripada antara ahli sukan yang mempunyai ribuan peminat di seluruh dunia apatah lagi di tanah air mereka sendiri.

Namun kepulangan pasukan itu dari Brazil tidak ubah seperti sebuah penerbangan yang membawa penumpang biasa.

Hal ini kerana, tinjauan di Lapangan Terbang Manchester mendapati hanya seorang wanita yang berada di pagar untuk melihat pemain England turut dari pesawat.

PIC..TONY SPENCER 07875497050 25/6/14 ENGLAND TEAM ARRIVE IN MANCHESTER. GERRARD ON PLANE STEPS

Itupun seorang nenek yang mungkin berusia lingkungan 70-an.

Ketiadaan sambutan oleh peminat bola sepak di lapangan terbang tersebut berpunca daripada aksi buruk skuad England dalam kempen Piala Dunia kali ini.

Walaupun pemain terbabit menerima gaji mewah ketika beraksi untuk kelab namun mereka gagal menyinar dan membantu negara sendiri di pentas antarabangsa.

Berikutan itu, tidak hairanlah mengapa hanya seorang nenek yang menyambut kepulangan bintang England itu.

Only one fan turns up to see England team return home

England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain