suria

Murray Buka Tirai Kejohanan Wimbledon Bertemu Goffin

JUARA bertahan, Andy Murray diberi penghormatan untuk membuka aksi pertama Kejohanan Wimbledon bertemu pemain Belgium, David Goffin.  

Pemain kelima dunia itu diletakkan sebagai pilihan ketiga menentang Goffin yang berada di ranking ke-104 dunia pada pukul 8.00 malam Isnin.

"Saya lebih tenang kembali ke kejohanan ini sebagai juara bertahan selepas mengharungi situasi sukar sebelum ini.

"Gelaran sebagai juara bertahan merupakan sesuatu yang istimewa dan sudah tentu dengan sokongan yang ada, ia mampu akan memberi lebih semangat.

"Saya akan berdepan dengan pemain (Goffin) yang penuh muslihat. Tiada perasaan gerun dalam dirinya," jelas Murray.

Pada aksi 2013, Murray menewaskan bintang Serbia, Novak Djokovic 6–4, 7–5, 6–4 pada aksi final.

Wimbledon, Andy murray

Artikel Berikut

Artikel Lain