suria

Chelsea Sambar Fabregas Dari Barcelona

Cesc Fabregas.
CHELSEA berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas dari Barcelona dengan kontrak selama lima tahun. 

Pemain berusia 27 tahun itu dimaklumkan pada musim panas ini bahawa khidmatnya sudah tidak diperlukan di Nou Camp, sekali gus menguatkan lagi spekulasi beliau akan kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris.

Arsenal tidak mengambil peluang untuk mendapatkan semula khidmat Fabregas dan memberi ruang kepada Chelsea untuk menyambar pemain kebangsaan Sepanyol itu.

"Saya mempertimbangkan kesemua tawaran dengan baik. Saya percaya Chelsea adalah pilihan tepat. Mereka memenuhi segala cita-cita saya yang sentiasa dahagakan trofi dan kemenangan," kata Fabregas.

Cesc Fabregas, Chelsea

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Dunia

Artikel Lain