Terbuka Perancis: Federer Gagal Ke Suku Akhir - Sukan | mStar

Terbuka Perancis: Federer Gagal Ke Suku Akhir

Reaksi Federer selepas tewas kepada pemain pilihan ke-18, Ernests Gulbis.
ERNESTS Gulbis mara ke suku akhir Terbuka Perancis dengan kemenangan 6-7 7-6 6-2 4-6 6-3 ke atas Roger Federer.

Ia adalah penyingkiran terawal pemain pilihan keempat ini di Roland Garros sejak 2004 dan juara 2009 ini boleh membuat beberapa komen mengenai kemenangan Gulbis, pemain pilihan ke-18.

Federer membuat banyak kesilapan luar biasa yang jarang-jarang dilakukannya di gelanggang Philippe Chatrier sekali gus kelihatan lemah pada akhir perlawanan.

"Saya agak gugup di seluruh tempat," akui Federer.

"Saya jelas amat kecewa dan sangat menyesal sekarang. Ia adalah perlawanan yang sukar dan Gulbis melakukan tugas yang baik dengan sentiasa berlari ke depan dan belakang.

Sementara itu, Gulbis dari Latvia berkata:

"Ia adalah kemenangan terbesar dalam kerjaya saya," kata Gulbis yang telah memenangi dua kejuaraan tahun ini.

"Saya telah bermain dengan baik di Perancis, memenangi perlawanan di Marseille dan Nice dan berharap kemenangan seterusnya akan berada di sini."

Keputusan penuh perseorangan lelaki:

Pusingan 4

Novak Djokovic (Serbia) klhkn Jo-Wilfried Tsonga (Perancis) 6-1 6-4

Ernests Gulbis (Latvia) klhkn Roger Federer (Switzerland) 6-7(5) 7-6(3) 6-2 4-6 6-3

Tomas Berdych (Czech Republic) klhkn John Isner (AS) 6-4 6-4 6-4

Milos Raonic (Kanada) klhkn Marcel Granollers (Sepanyol) 6-3 6-3 6-3

Pusingan 3

Andy Murray (Britain) klhkn Philipp Kohlschreiber (Jerman) 3-6 6-3 6-3 4-6 12-10

Fernando Verdasco (Sepanyol) klhkn Richard Gasquet (Perancis) 6-3 6-2 6-3
Roger Federer , Terbuka Perancis

Artikel Berikut

Perak Jumpa Johor Final Sukma

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain