Piala Thomas: Najib Bangga Walaupun Malaysia Tewas - Sukan | mStar

Piala Thomas: Najib Bangga Walaupun Malaysia Tewas

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan pasukan badminton negara yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia meskipun gagal menamatkan penantian 22 tahun negara untuk menjulang Piala Thomas.

"Kita tetap bersatu dalam kemenangan mahupun kekalahan. Saya bangga dengan pasukan #PialaThomas negara. Kita cuba lagi dan tahniah kepada Jepun," kata Perdana Menteri dalam catatan di laman Twitter pada Ahad malam.

Malaysia tewas 2-3 kepada pasukan Jepun pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2014 di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, India, malam ini.

Penyokong Malaysia memberi sorakan semangat kepada pasukan Malaysia pada perlawanan akhir Piala Thomas menentang Jepun.


Sementara itu, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, ketika dihubungi penyampai berita sukan TV1 RTM Jasni Shafie, menyifatkan nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia walaupun mereka bermain bersungguh-sungguh untuk memenangi piala berkenaan.

Rosmah, yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), berkata beliau berasa bangga kerana pemain Malaysia bermain bermati-matian terutama pemain perseorangan terakhir Daren Liew.

"Apapun kita tak putus asa. Saya rasa rakyat Malaysia setuju dengan saya. Mereka telah bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh. Kita tunggu empat tahun lagi dan cuba dapatkan Piala Thomas untuk Malaysia, insya-Allah," katanya.

Ditanya sama ada Perdana Menteri turut menonton siaran langsung perlawanan itu bersama beliau, Rosmah berkata mereka sekeluarga sempat menonton pusingan awal perlawanan akhir berkenaan sebelum Najib perlu menghadiri satu acara di luar.

"Saya patut iringi beliau...saya sudah sikat rambut dan pakai baju tapi bila tengok ada peluang (untuk menang), saya tunggu lagi.

"Akhir sekali Datuk (Najib) telefon cakap tak payah pergi sebab diapun dah nak balik," katanya.
Piala Thomas , Malaysia , Jepun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rosberg Juara GP Monaco

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain