Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya meraih mata pertama untuk Malaysia dengan menewaskan pemain lawan Jan O Jergensen 22-20 14-21 17-21.
Sementara itu, pada aksi kedua, pasangan beregu negara Tan Boon Heong/Hoon Thien How gagal meraih kemenangan apabila tewas kepada pasangan Pieler Kolding/ Conrad-Petersen 22-20 14-21 17-21.
Bagaimanapun seorang lagi pemain perseorangan negara, Chong Wei Feng mengutip mata kedua untuk Malaysia selepas diheret bermain hingga ke rubber-set ketika bertemu Hans-Kristian Vittinghus, 21-19 14-21 8-21.
Manakala mata kemenangan dikutip pasangan beregu negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang beraksi bertemu Joachim Fischer Nielsen/Carsten Mogensen 19-21 13-21.


