suria

Ricciardo Pasti Bersama Red Bull Musim Depan - Horner

Pasukan Red Bull akan terus mengekalkan Ricciardo bagi saingan F1 musim depan.

PASUKAN Red Bull yakin mereka akan mengekalkan Daniel Ricciardo bagi perlumbaan musim 2015 kerana pelumba itu telah membuktikan dia layak berada di situ.

Walaupun Ricciardo menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Red Bull, pasukan Formula Satu (F1) itu mahu meneruskan perjanjian tersebut berdasarkan potensi yang ada.

Pelumba Australia itu mempamerkan aksi cemerlang bersaing dengan rakan sepasukan, Sebastian Vettel sekaligus mengukuhkan keyakinan bos Red Bull, Christian Horner.

"Kami percaya dengan kesimbangan berterusan yang ada. Daniel mempunyai perjanjian dengan pasukan.

"Kemungkinan besar dia akan terus bersama pasukan tahun depan, kecuali jika Ferrari menawarkan dengan sesuatu yang lebih baik," jelasnya.

Horner berkata, jentera mereka juga berada dalam keadaan baik bersama dengan dua pemandu yang mempunyai bakat luar biasa.

"Dia telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang dan sangat tenang.

"Ricciardo juga gembira dengan apa yang dilakukan dan kamu akan sentiasa melihat dia tersenyum.

"Kami sangat bertuah memilikinya dalam pasukan ini bekerjasama dengan Vettel," katanya.

Red Bull, F1, Daniel Ricciardo

Artikel Lain