suria

Sevilla Julang Trofi Liga Europa

Pemain Sevilla menjulang trofi kemenangan selepas menjuarai Liga Europa pada perlawanan akhir menentang Benfica di Stadium Juventus, Turin. FC Sevilla dalam penentuan sepakan penalti 4-2. -Foto AFP
TURIN: Penjaga gol Sevilla, Beto muncul wira kelab itu apabila menyekat dua sepakan penalti Benfica ketika mereka muncul juara Liga Europa dan menghadiahkan satu lagi trofi antarabangsa buat Sepanyol, awal pagi Khamis. 

Pemain gantian Sevilla, Kevin Gameiro menyempurnakan sepakan penalti penting untuk mengesahkan kemenangan 4-2 ketika perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti. 

 Kedua-dua kelab terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan. 

Benfica menguasai sebahagian besar perlawanan final di Stadium Juventus itu tetapi kerap kali percubaan mereka disekat pertahanan Sevilla. 
Liga Europa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain