suria

Rooney Berminat Jadi Pengurus Pasukan Selepas Bersara

Wayne Rooney. Foto EPA

WAYNE Rooney rupa-rupanya sudah mempunyai rancangan untuk meneruskan kariernya dalam arena bola sepak selepas beliau bersara sebagai pemain bola sepak.

Penyerang Manchester United itu berminat untuk menjadi seorang pengurus pasukan bola sepak suatu hari nanti.

Walaupun usianya baharu mencecah 28 tahun, Wayne Rooney rupa-rupanya sudah memasang impian dalam hidupnya seandainya beliau bersara sebagai pemain bola sepak suatu hari nanti.

Beliau yang tertarik untuk menjadi pengurus pasukan berharap akan menjalani latihan dan pemeriksaan dari segi pelatihan.

Ketika ditanya mengenai rancangan masa depannya itu, Rooney tidak mengulas lanjut. Bagaimanapun katanya, keputusan itu hanya akan ditentukan apabila beliau mencapai usia yang memerlukannya untuk bersara dari menjadi seorang pemain bola sepak.

"Sejujurnya, saya tidak tahu (bila). Apapun, saya mahu menjadi seorang pengurus pasukan suatu hari nanti," kata Rooney kepada ESPN.

"Ia bergantung kepada keadaan dalam hidup saya, kehidupan saya bersama keluarga dan kelab (bola sepak) mana yang akan saya terus berkhidmat," jelas Rooney lagi.

Wayne Rooney, Manchester United

Artikel Lain