Cub Prix: Khairul Idam Gelaran Berganda - Sukan | mStar

Cub Prix: Khairul Idam Gelaran Berganda

Khairul Idham Pawi

GRADUAN kategori satu pengeluar Honda, Khairul Idham Pawi meletakkan sasaran tinggi untuk memenangi gelaran berganda musim ini walaupun baharu tiga tahun memulakan kerjaya profesionalnya di dalam arena sukan permotoran.

Pelumba Kozi Yam Honda Racing itu ingin bergelar juara keseluruhan kategori WIRA Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS serta menjadi pelumba Malaysia pertama menjuarai Asia Dream Cup di pentas Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC).

“Mungkin ianya adalah misi yang agak sukar, tapi saya ingin memenangi cabaran kategori WIRA dan ADC musim ini. Saya akan melakukan yang terbaik untuk mencapai impian itu,” kata Khairul.

Pelumba kelahiran Perak itu ternyata berada di landasan yang tepat untuk merealisasikan impiannya setelah membuktikan kemampuan pada kedua-dua kejuaraan tersebut.

Dalam cabaran Cub Prix WIRA, Khairul telah menamatkan dua pusingan awal di kedudukan podium di mana dia meraih tempat ketiga pada perlumbaan pusingan pertama di Batu Kawan sementara juara ketika di Muar.

Keputusan itu sekaligus meletakkan Khairul di kedudukan kedua keseluruhan dalam carta  pelumba dengan  kutipan 41 mata sekaligus memberikan cabaran sengit kepada pendahulu, Khairul Ikhwan Ajis (Mos Track Pro Yamaha Racing).

Pelumba 16 tahun ini turut mendahului kedudukan keseluruhan saingan ADC dengan 50 mata setelah selesa memenangi dua perlumbaan ketika pusingan pembukaan ARRC di Litar Antarabangsa Sepang dua minggu lalu.

Walaupun yakin dengan kemampuannya namun Khairul tetap berhati-hati dengan saingan yang bakal diberikan pelumba lain.

“Semuanya masih terlalu awal dan kesemua pelumba masih mencari rentak. Sekiranya diberi sedikit mas lagi, saya percaya mereka mampu memberikan saingan sengit kepada saya.

 “Walau bagaimanapun, saya sudah bersedia untuk menempuhi segala halangan. Saya berkerja keras melakukan persiapan dengan mempelajari perbezaan pelarasan enjin jentera Underbone dan Honda CBR250.

"Saya turut mengkaji pelbagai strategi dengan menonton perlumbaan musim lalu. Diharap cara ini dapat membantu saya menamatkan musim ini dengan cemerlang,” tambah Khairul," tambah Khairul.

ARRC , Khairul Idham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain