Sukma: Pahang Yakin Persiapan Perlis - Sukan | mStar

Sukma: Pahang Yakin Persiapan Perlis

Kelihatan kerja-kerja menyiapkan pusat akuatik sedang giat dijalankan bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17 ketika tinjauan BERNAMA di Kompleks Sukan Perlis.

KUANTAN: Sekretariat Sukan Malaysia (Sukma) Pahang yakin Perlis dapat menyiapkan semua infrastruktur sukan untuk Sukma ke-17 pada 24 Mei hingga 7 Jun depan.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma ke-15 Pahang Datuk Ahmad Hairi Hussain berharap Perlis tidak berdepan masalah yang menimpa Pahang pada Sukma 2012 yang menyaksikan kelewatan dalam pembinaan beberapa venue acara dalam kejohanan besar itu.

"Bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya setiap kali penganjuran kejohanan Sukma, kita akan mengalami masalah kelewatan persiapan venue acara sukan. Ia juga terjadi kepada negara yang menganjurkan kejohonan sukan besar lain seperti Sukan Sea," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurutnya kesemua infrastruktur yang melibatkan 24 jenis sukan pada Sukma Pahang sepatutnya siap pada 30 Mei 2012, namun disebabkan beberapa faktor, tarikh itu dianjak kepada 20 Jun.

"Bagaimanapun, pihak kontraktor masih belum dapat menyiapkan keseluruhan insfrastruktur yang menyebabkan keputusan melanjutkan tarikh akhir siap sepenuhnya semua 22 gelanggang itu kepada 30 Jun pula," katanya.

Sukma ke-15 di Pahang berlangsung dari 7 hingga 16 Julai 2012 lepas dengan melibatkan 5,828 atlet dan pegawai.


Sukma , Pahang , Perlis

Artikel Sebelum

Soon Huat Wakili Negara Ke Piala Thomas

Artikel Berikut

Senarai Penjaring Gol Terbanyak EPL

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain