suria

Petugas Media Cedera Dibaling Mercun, Objek Keras

Penyokong Perak mencetuskan provokasi dengan membaling suar ke dalam padang selepas Perak tewas dengan jaringan 0-1 dalam perlawanan Liga Super 2014, Perak bertemu JDT di Stadium Perak pada Selasa malam. -fotoBERNAMA
IPOH: Seorang jurugambar akhbar New Straits Times cedera di kaki akibat dibaling objek keras dalam insiden kekecohan selepas tamat perlawanan Liga Super Perak menentang Johor Darul Takzim (JDT) di sini pada Selasa malam.

Jurugambar New Straits Times (NST), Supian Ahmad turut tercedera akibat dibaling batu apabila penyokong Perak mencetuskan provokasi selepas Perak tewas dengan jaringan 0-1 dalam perlawanan Liga Super bertemu JDT di Stadium Perak pada Selasa malam. -fotoBERNAMA

Ketika kejadian, Supian Ahmad sedang merakam foto kekecohan yang berlaku di dalam Stadium Perak.

Sementara itu, kaki wartawan Sinar Harian, Razif Rosli terkena mercun manakala seorang anggota polis cedera di mata akibat dibaling objek.

Selepas tamat perlawanan, penyokong JDT diminta agar tidak keluar dari stadium berkenaan terlebih dahulu kerana dikhuatiri berlaku kekecohan.

Bagaimanapun, kekecohan tetap berlaku yang menyaksikan penyokong kedua-dua pasukan saling membaling pelbagai objek keras serta mercun.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melontar gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong Perak yang tidak berganjak di luar stadium.

Polis terpaksa mengiringi empat bas yang dinaiki penyokong dan pegawai pasukan JDT ketika keluar dari pekarangan stadium.

Difahamkan, polis menahan empat penyokong Perak yang disyaki melakukan provokasi selepas perlawanan itu.

Liga Super, Perak, JDT

Artikel Berikut

Artikel Lain