Gatto-Monticone Kuasai Perlawanan Pertama WTA - Sukan | mStar

Gatto-Monticone Kuasai Perlawanan Pertama WTA

Giulia Gatto-Monticone.
KUALA LUMPUR: Pemain Itali Giulia Gatto-Monticone meneruskan rentak cemerlangnya pada BMW Terbuka Malaysia di Kelab Golf Diraja Selangor, selepas  memenangi perlawanan pertamanya pada undian utama Jelajah WTA pada Selasa.

Giulia, 26, melepasi dua pusingan kelayakkan sebelum itu, sekali lagi menampilkan persembahan bertenaga untuk mengejutkan pemain di ranking ke-135 dunia , Ons Jabeur dari Tunisia 3-6, 6-4, 6-2, sekaligus menempah tempat di pusingan kedua.

Selepas mengungguli set pembukaan, Ons terpaksa meminta khidmat perubatan sewaktu ketinggalan 1-2, dan rentak perlawanan jelas mula memihak Giulia sejak itu. 

"Cuaca agak panas dan ia membuatkan kami berdua terpaksa berhempas pulas. 

"Masa perubatan yang diminta Ons memberi ruang untuk saya berehat seketika dan mendapatkan semula tenaga. 

"Ons mendominasi set pertama tetapi saya mengubah corak permainan saya dengan mempelbagaikan variasi pukulan untuk memenatkannya.

"Malaysia seakan-akan tempat bertuah saya dan negara ini sudah mendapat tempat dalam hati saya.

"Saya sudah cuba sekian lama untuk memperoleh kemenangan dalam jelajah dan akhirnya dapat saya capai di sini. 

"Saya tidak meletakkan sebarang jangkaan ketika tiba di sini. Saya tidak ingin berfikir mengenai perlawanan pusingan kedua dan cuma mahu berehat secukupnya," jelasnya selepas perlawanan.

Giulia akan bertemu pilihan keenam dari Kazakhstan Zarina Diyas, yang menewaskan pemain wildcard Eleni Daniilidou 6-2, 6-2, untuk tempat ke suku akhir.

Sementara itu, Magna Linette dari Poland membelasah lawan Perancis Alize Lim 6-3, 6-0 dalam satu lagi aksi pusingan pertama, manakala Ana Vrljic dari Croatia ditunjukkan jalan keluar oleh pemain China Duan Ying-Ying dengan selepas tumpas 3-6, 2-6.

Magna yang kini berada di ranking ke-124 dunia  gembira untuk melakar kemenangan pertama dalam Jelajah musim ini. 

"Saya cuba menumpukan kepada permainan saya tetapi ada kalanya ia tidak menjadi.

"Saya  mengharungi jadual yang sibuk sejak separuh kedua musim lalu. 

"Pada  set kedua, cuaca  bertukar mendung dan saya berasa lega kerana sempat menghabiskan perlawanan  sebelum cuaca lebih buruk," katanya.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain